Showing posts with label Doa.....Amalan...... Show all posts
Showing posts with label Doa.....Amalan...... Show all posts

Saturday, February 12, 2011

# Amalan Harian - 5 # Tips Melembutkan Anak-Anak





Untuk amalan bagi Ibu Bapa sila baca surah To Ha ayat 1 hingga 5 sebanyak 3x pada telinga anak semasa anak tidur. Lakukan 7 hari berturut-turut..Insya'Allah..anak akan lembut hati dan mendengar kata.

Salam Ukhuwah..~

Wednesday, December 29, 2010

# Amalan Harian - 3# Jangan Sengaja Tau....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.



Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.



Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.



Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).



Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.



Jangan
pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.



Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.



Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.



Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.



Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita..  

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.



Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik

untuk hamba ciptaanNya.

Monday, December 20, 2010

# Amalan Harian - 2# Perkara-Perkara yang Menyekat Rezeki.....

Dibuat sebagai panduan kehidupan......


Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.
tidak sembahyang atau solat.
2.
tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4.
memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.
berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8.
suka duduk di atas tangga.
9.
membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
 

11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14.
suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17.
mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19.
tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25.
kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28.
membasuh kaki dengan tangan kanan.
29.
membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32.
mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35.
berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39.
suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41.
mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42.
menguap ketika solat.
43.
meludah di tempat buang air besar atau air kecil.




Friday, December 10, 2010

# Amalan Harian - 1# Murahkan Rezeki.....


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...



Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"




Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
 (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa 
  (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2.
  Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang  banyak menolong kita
 (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:


- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah
 (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)


* Amalkan juga membaca Surah Al Fatihah -  sebayak 100 kali selepas setiap solat 5 Waktu     sehari....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...