Saturday, April 23, 2011

# Amalan Harian - 6 # Cara Kembali Bersama Dengan Bekas Kekasih


1. BERHENTI ‘MENGEJAR’ SI DIA. Jika anda benar-benar inginkan dia kembali, inilah cara yang terbaik. Jika anda fikirkan dengan cara menelefon si dia setiap hari memujuk rayu untuk kembali bersama dengan, meninggalkan sms atau e-mail yang penuh dengan pengharapan supaya dia kembali bersama anda akan membuatkan dia kembali, anda silap! Malahan ini akan membuatkan dia semakin benci dengan anda.


2. BERHENTI JADI STALKER – Berhentilah daripada terus mengintip si dia… Cuba anda bayangkan, jika anda berada pada situasi dia, apa yang akan anda fikir tentang ex anda yang sering mengintip anda? Sudah tentu anda akan rasa rimas dan fikir dia seorang yang gila dan berbahaya!


3. ELAKKAN KEMURUNGAN – Jika anda rasa dengan cara menyeksa diri sendiri seolah-olah tiada lagi makna untuk hidup, tidak mahu bersosial, duduk terperap saja dirumah dan sering menangis mampu membuatkan si dia berasa simpati dan serba salah, anda silap. Dia juga mempunyai hidup dia sendiri dan jika dia ingin kembali dengan anda semata-mata untuk menjaga hati anda, adakah itu dinamakan cinta? Gunakan cara yang lebih baik untuk kembali bersama.


Jadi, apa yang harus anda lakukan? Jika anda benar-benar ingin kembali bersama, cuba amalkan 4 perkara dibawah, insyaallah dia akan kembali untuk anda.



1. PERBAIKI DIRI ANDA- Cuba fikirkan kembali kenapa hubungan anda terputus. Mungkin kerana perangai anda sendiri yang tidak menghargai dia dengan baik. Jadi, belajarlah untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Belajar menjadi seseorang yang mampu menghargai diri seseorang. Berhenti menyalahkan diri dia kerana anda kena faham, anda tidak boleh mengubah seseorang anda tetapi anda boleh mengubah diri anda dan apabila anda berubah, seseorang itu juga akan berubah.

2. KEKAL BERINTERAKSI – Berpisah bukan bermakna tidak boleh bertegur sapa. Anggaplah dia sebagai kawan walaupun hakikatnya anda rindukan saat-saat bersama. Gunakan sms, facebook dan sebagai platform untuk kekal berhubung. Elakkan berbual tentang hubungan yang lepas. Siapa tahu, si dia akan teringat kembali saat manis bersama dan akan kembali terima anda.


3. BUAT PERUBAHAN – Jika sebelum ini anda tidak mementingkan penampilan, mulalah jaga penampilan anda. Tunjukkan kepada si dia yang anda mampu menjadi lebih baik selepas anda berpisah. Mungkin ada orang lain yang akan jatuh hati terhadap penampilan anda.


4. BIARKAN DIA YANG MENGEJAR ANDA – Jika anda yang meminta perpisahan, andalah yang perlu memberitahu kepada dia bahawa anda inginkan kembali perhubungan anda. Tetapi jika si dia yang meninggalkan anda, biarkan dia yang meminta untuk kembali bersama. Dengan cara itu, dia akan lebih menghargai anda setelah kembali bersama.

Sunday, April 10, 2011

Echa's Injury.....

Because of her clumsiness this is what happen too my daughter Echa.... She was slipped in the bathroom.. She came out from the bathroom and there is a BLOOD at her foot... She started to cry... scared to be scold.... wanted to go to the Hospital but Echa keep on crying....




Pity Echa so much... nothing much we can do... just put some Minyak Khusaini at her leg...hope there will be no Bad injury....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...